Syafakillah ya qalbi~


Alunan irama membuai anganku..
Jauh fikiran dibawa terbang kala diri keseorangan melayan perasaan..
Allah~
Lama tdk ku rasakan ketenangan setenang ini..
Saat ini ku membiarkan jari bebas bertingkah..
Setelah sekian lama disimpan rapi,sepi terbiar..

Seketika aku tersenyum sendiri..
Apa puncanya aku sendiri tdk pasti..
Mungkin kerana kelapangan hati yg dimiliki malam ini..
Atau mungkin ada sesuatu yg tersembunyi..

Ketenangan,kebahagian,
Bukanlah sesuatu yang mudah utk dikecapi..
Utk malam ini,
Aku sendiri..
Tanpa sebarang gangguan..
Tanpa sebarang tugasan..
Dan aku rasa ini masa yg sesuai utk memanjakan diri dgn aksara penuh hikmah..

Kisah aku bermula di sini..
Kala keikhlasanku terlalu diuji..
Keikhlasanku dalam bersahabat..
Ketulusanku dalam melakukan tugasan..
Ketelusanku dalam menjalankan tanggungjawab selaku hamba..
Kali ini aku terasa sgt2 teruji..

Kala cabaran di semester 4 yang semakin memuncak..
Kala “stress” sering menyinggah..
Disitulah Allah menurunkan ujian-Nya..

Allahu Rabbi~
Di satu sudut aku juga tersungkur..
Tdk segagah yang dilihat ummah..
Sering aku tewas dgn nafsu..
Dan akhirnya hati yang menjadi mangsa..
Menjadi lemah longlai..
Bisu tanpa kata..
Suram tanpa senyum..
Hingga terkadang terasa ingin bersendirian selamanya..

Dulunya aku digelar Srikandi Umar..
3 tahun lalu langkahku segar..
Pernah suatu ketika tenagaku begitu tegar..
Tapi hari ini segalanya seakan pudar..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[Al-Ankabut : 2]

Benarlah apa yg tertulis dalam kitab-Nya..
Mana mungkin mengaku beriman sedangkan tdk tahan tika diuji..
Astaghfirullah..
Begitu lemah imanku..

20 tahun~
fasa yang merubah keseluruhan perjalanan kehidupanku..
cuba menjadi hamba-Nya yg lebih baik drpd sebelumnya..
melatih diri utk berjiwa besar..
mendidik langkah menjadi lebih gagah..
namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya..
hati begitu cepat terusik kala ia disakiti..
diri begitu asyik menghitung kesalahan org lain..
sehingga lama-kelamaan diri dimamah perlahan oleh dosa pun tdk sedar..

Demi Allah..
Aku tercari-cari watakku yang dulu..

Demi Allah..
Aku merindui tarbiyyah di bumi sana..

Demi Allah..
Aku merindui permata-permata Islam yang pernah bersamaku dalam meneruskan perjuangan Rasul saw..

Demi Allah..
Terlalu banyak perkara yang aku terlepas pandang..
Terlalu banyak masaku terbuang dgn perkara lalai..
Terlalu banyak aku berehat..
Terlalu banyak...
Tdk terhitung..

Spontan airmata mengalir tdk tertahan..
Allahu Rabbi~

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [ALI IMRAN : 139]

Sekali lagi kalam-Nya menenangkan gelora di hati..
Semangat segera bangkit saat irama haraki memenuhi ruang pendengaran..
Muslimat haraki..
Itu impianku dulu,kini dan selamanya..

Walau mereka jauh dariku..
Walau aku di sini tiada berteman..
Walau ketegasanku acap kali diuji..
Aku akan tetap di sini..
Tetap di sini meneruskan misi yg tdk akan berhenti..
Kerana segalanya masih belum tamat.
Selagi nyawa masih dikandung badan !

Bangkitlah kau wahai pejuang !
Bertebaranlah menyebarkan benih Islam !
Walau sekejam mana kecaman dikenakan ke atas jasad,
Belajarlah utk tetap bertahan..
Jangan pernah berundur dari misi ini !
Aku bersama kau !
Allah beserta kita !
Yakin dgn-Nya..
Pasti kita tdk akan kecewa..

Tetaplah tersenyum wahai hati..
Leraikanlah keresahan yang bersangkar..
Bersihkanlah hasad yang menyinggah..
Kesatlah airmata yang membasahi..
Bangkitlah dari lena yang merugikan..

Aku pernah merasai peritnya terjatuh..
Dan aku juga pernah lalui bersemangatnya kala berjaya bangkit kembali..
Maka,jgn pernah berputus asa dari rahmat Allah..
Kerana Allah tdk pernah meninggalkan kita..
Yakinlah akan hal yang satu ini..
Pasti kau tdk akan kecewa lagi..

Moga cepat sembuh ya qalbi~ :’)


apa anda rasa?? 

si gadis 20~

29 Januari 1993..
Tarikh lahirnya aku ke dunia.
Dan hari ini sejarah berulang kembali.
20 tahun,itulah usiaku kini.

Penat aku berjalan menongkah arus.
Menginjak fasa demi fasa.
Ada yang manis,ada juga yg pahit.
Namun ketahuilah itulah rencah dunia.
Jika tiada pahit,xkan kau rasa realitinya dunia.

20tahun..
Aku belajar utk menjadi seorang hamba yg patuh hanya pd arahan Tuannya.
Belajar menjadi anak yg solehah.
Belajar apa itu erti persahabatan.
 Belajar  maksud cinta yg sebenar.        
Pelbagai perkara telah Allah tunjukkan kepadaku.
Sebagai bekalan supaya aku akan mampu melangkah.

“hepy birthday anak ayah..”
“sanah helwah ya ukhty..”
“selamat hari lahir kak ummul..”
Pelbagai ucapan dan doa aku terima.
Sungguh aku hargai doa dan ucapan insan2 yg aku sayangi itu.
Namun bagiku tdk kira birthday ataupun tdk,
Serta cukup umur atau tdk,
Kerana tanpa aspek itu pun usia itu akan terus meningkat di samping  kematian yg semakin mendekat.
20 tahun membesar dalam tarbiyyah Islam mendidikku utk meletakkan pergantungan yg tinggi pd Tuhan yg Mencipta.
Bukan bermaksud manusia itu tdk berperikemanusiaan,
Tp manusia itu sifatnya tdk kekal.
Termasuk juga perasaan kasih dan cintanya.
Ada pasang surutnya.
Kadang sayang,kadang marah.
Kadang rindu,kadang benci.
Meletakkan harapan pd makhluk melebihi penciptanya bakal mengecewakan kita.
Kerana kita lupa ada yg perlu diutamakan selain dari yg lainnya.

“apa hadiah special yg pernah ummul dpt..”
Aku tersenyum spontan menerima soalan ini.
Lantas tiada lain yg aku ungkapkan selain dari,
“nikmat iman dan Islam serta keluarga yg setia di sisi,sahabat yg sentiasa menemani dan juga bakal suami yg akan menghiasi sepi..”
Itulah anugerah terindah yg tiada gantinya.
Biar kehilangan cinta dan sahabat tp sekali pun aku tdk sanggup kehilangan agama dan keluarga kerana itu adalah asbab kenapa aku terus hidup sehingga ke hari ini..

“salam kelahiran menuju kematian wahai srikandi..”-mujahid agama
Walau ucapannya ringkas dan lazim diterima kala tanggal ini menjelma tp ia cukup memberi impak pdku setiap kali menerimanya.
Fitrahnya manusia cinta akan material.
Tdk terkecuali diriku sendiri.
Menunggu hadiah yg bermacam2 sehingga terlupa peningkatan usia ini adalah peringatan dari Rabb utk aku dan kau lebih peka bukannya leka.
Astaghfirullah~


Setiap tahun berbeza lokasi aku menyambut hari ulangtahun kelahiran.
Persamaanya adalah  akan menyambutnya secara berseorangan tanpa keluarga di sisi kerana faktor jihad ilmu.
Tp itu bukan konstraintasi utk kasih syg itu semakin tawar,
Malah membuahkan rindu yg membuak2 di antara kami..
“hepi birthday angah..besa dah kau kan..dulu hingus2 je..miss u my sis..”-balong terchenta
Berbulan2 tdk bersua atas sebab mengejar cita2.
Rindu mula berputik kala semuanya dgn haluan dan misi tertentu.
Nikmatnya berkeluarga atas nama Allah~
demi Allah,aku tdk sanggup kehilangan nikmat terindah ini.
Moga keluarga ini kekal hingga ke syurga.

Akhir kata,
Terima kasih atas ucapan dan doa sahabat2 sekalian.
Yg tdk memberinya secara tersurat,
Cukuplah kau mendoakanku dalam diam.
Moga usia ini bercambah dlm lingkungan redha Ilahi.
20 tahun,usia itu tdk semuda yg kau sangka~

“aku hanya insan biasa yg ingin melangkah sebagai hamba-Nya yg luar biasa..
Biar tenggelam timbul dlm arus dunia,
Aku tetap dgn matlamat hidup yg tdk pernah berubah.
Biar ditinggalkan para sahabat  yg aku percaya tanpa ada sebab,
Biar dihentam beribu cacian manusia yg tdk mengenal erti bersalah,
Biar digelar dgn pelbagai panggilan ekstremis yg menggugat sabar,
Itu tdk akan pernah membuka jalan utk aku u-turn membelakangi agama.
Futur itu pastinya lumrah tp jgn biar rasa itu terkubur dlm diri kerana futur itu sifatnya membinasa jika tdk bijak dlm menanganinya.
Aku hamba,kau juga hamba.
Kau dan aku sama2 faham apa tujuan kita ke dunia.
Maka,utk kesekian kali ini,
Ayuh kita muhasabah diri.
Menghitung dosa yg tdk terkira banyaknya.
Menambah pahala yg hanya sekelumit cuma.
Mati itu syaratnya hidup.
Dan hidup itu tempohnya adalah rahsia.
Salam kelahiran buatmu wahai srikandi umar..
Moga membesarlah engkau sebagai muslimah pujaan agama..~”



apa anda rasa?? 

ingin saja ku lepaskan.................


lama ku simpan perasaan ini..
ku lindungi ia sebaik mungkin..
ku hijab ia dari dunia luar yg bisa menjadikannya fitnah..

tp Ya Allah,,,
sampai bila mampuku simpan perasaan ini Ya Allah?
sampai bila harusku bertahan??

R I N D U...

sedaya upaya ku menahannya wahai Tuhanku..
adakah ia KAU redhai?
andai tidak,
bantu aku...
KAU leraikanlah ia..

ingin saja aku lepaskan ia pergi jauh..
pergi jauh meninggalkan diriku..
namun..
aku tidak berdaya melakukannya..
makin aku buang,
makin membuak ia datang..

ingin saja aku melebihi batas,
bagi menunjukkan bukti atas rindu ini..
tp ingatan dari-MU cukup menyedarkanku
utk terus menerus mengekalkan kesucian perasaan ini..

bergenang air mata..
menafikan rasa ini..

aku tertanya-tanya sendiri..
dibawa khayalan penuh keasyikan..
mengapa hadirnya rasa rindu ini??
menyapa bayu hati yg kesepian....
adakah rindu ini akan berbalas??
adakah rindu ini akan berakhir dengan keredhaan dari arash-Mu??

jerih ku menyeka airmata..
namun ia tumpas juga
dek peritnya hati berhadapan dengan situasi ini..

senyuman diukir pada wajah..
tp dihati penuh dengan pelbagai kesengsaraan..

R I N D U ini.....

adakah berpatutan jika aku membiarkan ia terus berbunga Ya Allah??
atau mungkin harus ku biar ia luruh satu per satu?

Ya Allah...
aku tahu..
setiap insan merasai apa yg ku rasai..
punya hati yg fitrahnya inginkan cinta..
namun..
cinta apa yg mereka sedang pertaruhkan??
rindu apa yg sedang menyelubungi mereka??
adakah cinta dan rindu yg penjaganya adalah ketaatan pada-MU??
ataukah satu perasaan yg hanya untuk memenuhi kehendak musuh?

aku sedar..
aku tidak mampu melupuskannya..
kerana fitrahnya perasaan ini anugerah-Mu wahai Tuhanku..
anugerahnya yg tidak ada cacat celanya
melainkan empunya diri yg salah dalam mengawalnya..

salurkan rindu ini ke jalan yg benar wahai Allah..
moga ia sampai ke hati yg dirindui oleh perasaan ini...
















apa anda rasa?? 

Wahai adam,aku tidak mahu diriku menjadi hijab antara dirimu dgn-Nya...



Seteguh cinta adam dan hawa..
Seindah cinta Rasulullah dn Saidatina Khadijah..
Semanis cinta Yusoff dan Zulaikha..
Begitulah cinta yg didambakan setiap insan bergelar hamba...
Cinta sesuci taman itu ku impikan..
Dihiasi lembaran-lembaran sakura nan bertebaran menghiasi laluan..
Menyapa lembut wajahku sebelum rebah dipermukaan tanah..
Allahu Rabbi~
.............................................................................................

“assalamu’alaikum Humaira’..maaf ganggu..Asyraf ni..”

“wslm..ye Ashraf?ada apa ye?”

“hmm..sy nak tnya pasal assignment..apa je assignment yg kita kena buat yea?”

“ohhh...ni assignmentnya......................................................”

“hmmmm...terima kasih..hehe..Humaira’ dulu sek agama yea??sy tgk Humaira’ ni pandai bab2 agama..penampilan awak pun lain dgn perempuan lain..sy tertarik dgn awk..”

“kalau dah xda apa2 sy minta diri dulu..jgn sms sy kalau xda hal yg membolehkan awk utk berbuat demikian..maaf..wassalam..”
..................................................................................................

Humaira’,,td classmate aku kirim salam dgn kau..dia ckp nak knl dgn kau..dia nak bljr agama..”

“iye ke Safiyyah??xpelah..awak bg tau kwn awk tu,dia tak perlukan sy pun untuk menjadi baik..banyak lagi cara lain..tu kat pusat islam tu selalu buat perjumpaan dn perkongsian ilmiah bg sapa2 yg berminat..ye? :)“

“oklah Maira..nnt aku sampaikn yea..”
.........................................................................................................

Wahai adam,,aku tidak mahu diriku menjadi hijab antaramu dgn-Nya...
Mengapa begitu sukar untuk kau fahami??
Aku terpaksa mengharungi liku2 yg begitu mencabar minda untuk mempertahankan hak hatiku..
Hak hatiku yg secara mutlak adalah milik DIA!!
Knp engkau dgn semena-mena memecahkan potret indah ini??
Tidakkah kau tahu bahawa untuk melakukan semua ini tidak semudah jarimu mengatur kalam indah untuk menarik perhatianku??
Kalaulah ianya seringkas itu,tidak perlu aku bertungkus-lumus menghijab hatiku dari dikotori oleh sesiapa..
Aku ingin membantu kau,kau dan kau untuk bersama2 aku menjaga hati kita bersama..
Tp kau !
Langsung tidak pernah cuba faham tujuanku !
sekeras hati Umar menerima kebenaran risalah yg dibawa Muhammad saw sbelum pengislamannya
begitu jugalah akan ku pertahankan rasa hati ini !
Aku penat !
Penat wahai Allah.. 

 Getus Humaira’ seorang diri kala malam menyinggah jendela bersama sepi..Malam itu teman sebiliknya keluar untuk menjalankan projek akhirnya dan dia nampaknya keseorangan di dalam bilik..Di kesempatan inilah waktu dia untuk melepaskan segala geram yg terpendam..

Mungkin selama ini semua orang menyangka dia senang dengan apa yg menimpanya..telefon bimbitnya tidak pernah sunyi dari pesanan ringkas sang adam yg langsung tidak dikenalinya..Sesekali dia menceritakan hal itu kepada Safiyyah,teman sebiliknya,namun,ayat ini yg lahir dari bibir merahnya,”untung kau kan maira..ramai betul peminat..jeles pulak aku..huhu”..

Kata-kata itu lebih membuatkan Humaira’ bingung dengan perasaannya sendiri..

Maka,perasaan ini dipendamnya sendiri sehingga tibalah waktu yg dinanti2,sejadah dihamparkan..sujud direndahkan..tangan ditadahkan..memohon petunjuk dari Tuhan yg Satu..hanya dgn cara itu dapat meleraikan segala keresahan yg  memberati pundak akal dn fikirannya..

Humaira’ merupakan seorang muslimah yang sangat cantik,cerdik,ayu serta petah berkata-kata..maka,tidak hairanlah jika dirinya menjadi rebutan..namun,dia tidak pernah mendamba cinta dari sesiapa yg bergelar lelaki walaupun dia berhak melakukannya ..

Siang berganti malam...hari berganti hari..masa berganti masa..bulan berganti bulan..

Humaira’ mendapati di dalam dirinya terdapat perubahan yg dia sendiri tidak pasti apakah itu..
Puas dia menafikannya tp semakin dia membuang,semakin dekat perasaan itu menghampiri..

“ISTIKHARAH ! YA ! ITU JALAN YG TERBAIK ! YA ALLAH..AKU MOHON PADAMU,SELEPAS INI HAPUSKAN SEGALA PERASAAN INI DARI BENAK HATIKU..AKU TIDAK MAHU CINTAKU TERHADAP-MU DICALAR SAAT AKU BELUM BERSEDIA WAHAI ALLAH..”

Sayup2 kedengaran suara Humaira’..teresak2 tangisannya..tulus cintanya buat Allah..
Solat istikharah dikerapkan setiap malam..dan jawapan yg terhasil dari solatnya itu tidak pernah berubah..

“kenapa lelaki itu boleh muncul dalam mimpiku??ya..aku dan dia pernah digandingkan bersama untuk menjayakan sesebuah program tp aku tidak pernah menyimpan apa2 perasaan dgnnya..aku tidak mengetahui satu pun mengenainya kerana ku sendiri tidak berminat utk melakukan hal seperti itu..knp sejak kebelakangan ini aku sering memikirkan dia??knp Allah..??”

Pelbagai soalan dicetuskan oleh Humaira’..berbicara seorang diri..bagai tidak siuman dibuatnya dek memikirkan soalan yg dirinya sendiri tidak mampu menjawabnya..

Dengan kekusutan yang tidak mampu ditanggung,dia membuat keputusan untuk menceritakan hal ini kepada naqibahnya..

“assalamu’alaikum kak Sarah..Maira sebenarnya ada cerita yang nak dikongsi dgn akak..maira tidak tahan kak..maira mohon bantuan akak..boleh ye kak?”

“wa’alaikumussalam adik manis akak..hmm..sebenarnya akak pun ada sesuatu yg nak disampaikan pd adik..tp xpelah..adik cerita dulu,kemudian baru akak cerita ye..”

“begini kak..akak tau kan yang maira ni keras..tidak akan melayan perasaan cinta andai maira tau maira tidak bersedia..akak kenal hati budi maira mcm mna kan?”

“ye maira..akak kenal maira dh lama..dan akak hormati maira sbb maira seorang yg sgt kuat..knp maira??pendiriannya maira tu sekarang dah berubah ke?”

“tidak kak..tidak ! ianya tidak akan pernah berubah ! akak..sebenanrnya,3 hari yg lepas maira mimpikan seorang lelaki..maira kenal dia tp maira dan dia tidak pernah langsung berbual antara satu sama lain..maira ingatkan itu semata2 mimpi tp kak..Ya Allah...wajahnya sentiasa bermain2 d minda maira..maira cuba buang perasaan ni tp tak dapat kak..maira tak mampu..akak,tolong maira kak..”

“ya Allah dik..jangan menangis..sabar..lelaki??siapa namanya?”

“Muhaimin..”

“Muhaimin???Allahu Rabbi..sungguh Allah itu Maha berkuasa..”

“knp kak?”

“baiklah..akak akan cerita..sebenarnya,beberapa hari yang lepas,Muhaimin ada berjumpa dgn akak dgn ditemani oleh seorang sahabatnya..dia meminta tolong untuk akak menyampaikan hasrat hatinya pd seorang muslimah..”

“maksud akak?”

“hatinya sudah terpaut pd muslimah itu..niatnya suci..dia ingin mengkhitbah(melamar) muslimah itu serta-merta  memperisterikannya  sejurus dia dan muslimah itu menamatkan pembelajaran..”

“siapa muslimah tu kak?”

“HUMAIRA’...”

“Humaira’ yg mana kak?akak jgn ckp Humaira’ yg dimaksudkan adalah maira..jangan kak..maira tak nak akak..”

“Humaira’ yg dimaksudkn adalah maira wahai adikku sayang..maira,akak tau adik sgt menjaga kesucian hati adik tp Allah tidak pernah menghalang kita untuk mencintai lelaki yg layak kita cintai untuk dijadikan sebagai teman hidup semati yg mana kita berganding bahu dengannya untk sama2 membangunkan agama Allah..Allah dah tetapkan untuk seorang lelaki itu seorang wanita..begitu juga sebaliknya..maira tak boleh nafikan benda ni..Muhaimin tu baik orangnya Maira..akak dah lama kenal dia..hebat orangnya..tapi apa2 keputusan d tangan Maira..istikharah..seminggu dari sekarang Muhaimin ingin tahu jawapannya..”

“Ya Allah ....doakan maira kak..”

Segala persoalan yang bermain di minda akhirnya terjawab..sungguh  cantik strategi Allah..tidak pernah terlintas di hati Humaira’ bahawa dia akan dilamar oleh lelaki sehebat Muhaimin..dia kini keliru..keliru untuk membuat keputusan..

Di sepertiga malam,dia bangkit dari lamunan di saat yg lain lena serta bahagia dibuai bahtera malam...bangkit menyelak selimut yang menyelubungi..membasahi wajah mulusnya dgn  wudhu’ untuk memenuhi temujanjinya dgn Ilahi..

“wahai Allah...
Aku tidak pernah menginginkan cinta dari siapa2
Kerana bagiku cinta-Mu melebihi segala2nya..
Tp kini ya Allah..
Seseorang telah mengganggu perasaanku..
Aku tidak mengerti samada
Ini adalah satu nikmat atau musibat !
Aku tidak nafikan dia punya ciri2  seorang lelaki yang mampu memimpinku ke arah yg diredhai-Mu..
Tp aku tidak bersedia ya Allah..
dusta untuk lisanku menyusun madah aku tidak menyimpan cita untuk membina baitul muslim..
tapi......
aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan waktu ini ya Rabbi..
Aku keliru..
Apa yang harus aku lakukan wahai Tuhanku??
Turunkan segala tentera2-Mu sebagai petunjuk buatku..
Aku mohon pada-Mu wahai pemilik hatiku..”

  Airmatanya tidak pernah kering di saat dia sedang berbicara dgn Tuhannya..Begitulah sikap Humaira’ yg menjadi kunci keimanan dan ketaqwaannya..Jiwanya sgt kental walaupun selok belok kehidupannya sangat melukakan lagi menyeksakan..

Seminggu berlalu~~~


“assalamu’alaikum kak..bismillahirrahmanirrahim..harap perbincangan ini diredhai Allah sentiasa..kak,setelah beberapa hari istikharah meminta jawapan utk persoalan yg rumit,akhirnya Allah menunjukkan sy jalan keluarnya..alhamdulillah..”

“wa’alaikumussalam Humaira’..akak baru nak sms maira..tnya pasal bnda yg kita bincangkan minggu lepas..jd,jwpn maira?”

“maira terima lamaran Muhaimin bin Zulkifli..tp dgn syarat2 tertentu..pertama,jangan pernah hubungi maira selagi tidak ada ikatan yg sah..kedua,hormati kedua ibubapa maira tidak kira dalam keadaan apa sekalipun dan yg ketiga,maira mohon dia istikharah untuk yg terakhir kalinya bg menentukan benarkah maira ini sebagai pilihan dia untuk dijadikan suri di hati..itu sahaja..”

“Alhamdulillah..mmg itu yg akak harapkan..jgn risau maira..maira boleh percayakan Muhaimin tu insyaAllah..”

Beberapa bulan lagi Humaira’ bakal menamatkan pembelajarannya dalam bidang Usuluddin peringkat Ijazah di Universiti Malaya..dia kini makin bersemangat kerana dia tidak lagi dihantui dengan pelbagai persoalan dan ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk smester akhirnya sebelum meninggalkan pelataran UM....

3 bulan berlalu begitu pantas..Humaira’ berjaya menamatkan pembelajarannya..dia hampir terlupa akan janjinya yg dipersetuji bersama Muhaimin..mujur Muhaimin berpegang teguh dgn janjinya untuk berjumpa ibubapa Humaira’ bg melunaskan janjinya untuk memperisterikan Humaira’..

Walaupun pd permulaannya Humaira' agak tertekan dengan apa yang dihadapinya,Humaira’ kini tidak lagi sangsi dgn keputusannya..dia yakin inilah yg terbaik telah Allah tetapkan..Muhaimin seorang lelaki yg sgt berpegang pd agama..dia tidak pernah walau sekali pun menghubungi Humaira’ sepanjang hubungan mereka diikat..jd,bagaimana dia dan keluarga Humaira’ seakan-akan sudah lama berkenalan?Bak kata orang,ingin memiliki anak gadis orang,pikat dulu orang tuanya....Muhaimin sendiri berjumpa dgn kedua org tua Humaira’ untuk membincangkan soal ini bagi membuktikan bahawa tidaklah dia bergurau untuk memperisterikan anak dara mereka tapi sesuatu yang padanya sangat2 serius..selepas dari itu,hubungannya dgn org tua Humaira’ semakin erat..

"pakcik,makcik,kalau pakcik dan makcik nak tau,sy tidak pernah seserius ini bilamana menyentuh soal hati..tapi kali ini saya betul2 bertekad..ingin melamar anak gadis pakcik dan makcik,Humaira'..sy harap pakcik dan makcik dapat membantu sy.."
 
Humaira’ dan Muhaimin telah disatukan beberapa minggu selepas segala persiapan siap tersedia..
Itulah cinta yg dinamai CINTA KERANA RABB~

Akan dipermudahkan walau minda mengganggap ia adalah sesuatu yang mustahil..

Sungguh ! Yg halal itu lebih indah~

Maka wahai anda yang bergelar gadis/muslimah d luar sana,jangan jadikan diri anda sebagai hijab antara seorang adam dgn Tuhannya..Islam meletakkan garis yg bertepatan dgn syariat serta mudah untuk kita ikuti..

Jika sudah berkenan,guna cara yang tepat..berjumpa walinya..tidak perlu berhubung saban waktu kerana doa saja sudah cukup dari perlu~

Wahai pemilik tulang rusukku,
aku tidak mengenali siapa dirimu..
begitu juga dirimu..
di mana dirimu kini??
aku merinduimu..
dalam setiap sujud aku memohon pada-Nya..
supaya DIA memelihara kau yg berada di kejauhan..

aku tidak tahu bagaimana budi pekertimu..
aku juga tidak tahu bagaimana gerak geri tubuhmu dalam melangkah..
aku ingin sekali melihat senyumanmu..
tawa riangmu..
mendengar kau berkongsi segalanya padaku..

jauh sekali dari bidang kuasaku untuk mengagak ketinggian ilmu serta akhlakmu..
kerana aku dan dirimu saling tidak mengenali..
tapi apa yg aku yakini,,
engkau tercipta untukku..
membela nasibku sebagai kaum yg lemah..

wahai bakal suamiku..
walau aku tidak pernah meminta,,
cinta ini tetap hadir dgn izin-Nya..  
untuk kita sama2 berpegangan tangan..
melangkah gagah di medan itu..

aku mencintaimu walau dirimu belum menjadi milikku kini..
aku menunggumu di batasan waktu..
moga cinta yang bakal berputik berkekalan ke syurga Ilahi....

tapi...
andai aku pergi dulu meninggalkanmu,,
ketahuilah,
cintaku padamu tidak akan pernah sirna..
aku menunggumu di sana untuk menjadi bidadari buatmu..

berpaksikan nama Rabb berseminya cinta aku dan kau...~




apa anda rasa?? 

Albi Nadak (seruan hatiku)


apa anda rasa?? 

Ekspresi Persahabatan~



Kala  hati mula berbicara..
Kala  langkah di atur mulai lesu..
kala airmata berderai luruh.. 
Saat itulah aksara ini memulakan tingkahnya rancak melakar kata..

..........................................................................

PERSAHABATAN~

Sinonim sungguh akronim ini dgn kehidupan insan bergelar manusia..
Tetapi bagaimana ianya diekspresikan??
Adakah semudah lisan menutur bicara??
Atau sesulit kita melalui onar dunia??

Mengukir istilah PERSAHABATAN untuk ianya menjadi realiti tidaklah sepantas kilat sabung-menyabung..
Tidak juga se”simple”  awan berarak ke kiri dan ke  kanan..
Dan tidak juga ianya sentiasa ceria bak teriknya mentari..
Sedangkan kilat hanya akan hadir kala turunnya hujan..
Sedangkan awan hanya akan berarak dgn adanya Izin DIA..
Sedangkan mentari juga terkadang suram dek mendung..
Apatah lagi PERSAHABATAN....
Akan senantiasa diuji..

PERSAHABATAN BISMIKALLAH YA RABBUNA~

Persahabatn dgn nama-MU wahai Allah..
Kata-kata ini sering memenuhi ruang lingkup ikatan persahabatn..
Namun,benarkah cara kita dalam mengekspresikannya??

Bagi mendapatkan persahabatan yang sejati..
Beberapa terapi dan proses harus dijalani..
Untuk membuatkannya segar sentiasa bak kuntuman mawar yg mekar tumbuh menghiasi taman..
Kerana setiap persahabatan mengharapkan sesuatu yg indah bukanlah sesuatu yg pd awal ikatan hubungan penuh dengan tawa dn ria namun lama-kelamaan ianya semakin membusut menemui kekecewaan dan kesedihan..

Memaafkan kala hati disakiti...
Menghargai kala diri tidak dilayani..
Mengerti kala jiwa hiba dek ragam insani yang berwarna-warni..
Itulah terapinya~
Jangan mudah melatah andai sahabat mulai menzahirkan keegoannya..
Jangan mudah berputus asa andai pujukan ditempelak hebat saat ego mulai mengalah..
Jangan mudah berprasangka andai dia yang dulunya dekat kian menjauh..

Ketahuilah....
Allah tidak mengatur sesuatu yang begitu mudah buat kita..
Hatta ombak yang beralun memerlukan tekanan yang kuat dari permukaan yang paling bawah..
Inikan pula kita yang bergelar hamba..

Sesubur tanah Palestina..
Sesuci dataran bumi bercahaya,Madinah Al-Munawwarah..
Seluas pelataran bumi yang sentiasa berputar tunduk patuh pd arahan Tuannya..
Begitulah ku inginkan persahabatan kita melebarkan sayapnya senada redha DIA yg kita bawa bersama..

Dusta untukku kata,rekod persahabatan ini akan senantiasa bersih..
Kerana akan ada fasa,membuatkan kita terhenti di pertengahan..
Bingung dalam menyebelahi kata hati..
Kata hati yang sebelahnya  memihak kepada kesabaran penuh hikmah dn sebelah lagi kata hati yang penuh  hasad..

Jujur dari benak yang paling tulus,,hati ini terkadang berpaling arah..
Sanggup ku memilih untuk membelakangimu wahai sahabat lalu tunduk kpd nafsu..
Maafkan aku atas ketidaktelusanku dgnmu..
Puas iman bertelingkah dengan musuhnya untukku terus mendepanimu walau sekeras mana ia berbisik..
Namun,aku tidaklah sempurna..Aku akhirnya tumpas dek palsunya janji musuh..
Aku memerlukanmu wahai sahabat untuk melengkapi kekuranganku..

SAHABAT~
Dunia ini akan berakhir tidak lama lagi..
Di hamparan sejadah ku menadah tangan..
Dalam sekudus sujud ku sebutkan namamu untuk ia sampai ke arash-Nya..
Aku dan dirimu punya karakter yang berbeza sehingga terkadang membuatkan kita berselisih faham..
Namun,ketahuilah,itulah dia acuan persahabatan kita..
Supaya kita seiring dalam melangkah..
Menghiasi taman perjuangan DIA dengan kelebihan dan karakter masing2..
Mungkin aku tidak sebijak dirimu dalam mengekspresikan rasa cinta ini
Kerana antara kita jelas ketara perbezaan fizik dan spiritual..

Tapi satu ku pinta,jgn dirimu menilainya dari selaput matamu yang menghalang untuk ia menembusi melihat apa yg sedang berlegar di sudut hatiku..
Begitu juga akan ku melakukannya terhadapmu..
Sampai di sini saja jari-jemariku bersimpuh di ruang papan kekunci..
Kalam ini ku nukilkan khas buatmu sahabat..
Madah ini mungkin tidak mampu membuktikan cintaku pdmu..
Tetapi aku tidak pernah menilai sesuatu melalui mata pena..
Kerana aku yakin Allah lebih berhak dalam menilainya..
Aku mencintaimu sentiasa wahai sahabat..
Moga ukhuwah ini terpatri selamanya..

Jadikan Rabithah pengikatnya..
Jadikan doa ekspresi rindu..
Semoga kita bersua di syurga..
POTRETKAN  MEMOIR KITA SELAMANYA DALAM HATIMU..
JANGAN PERNAH DIRIMU BIAR IA RAPUH DEK UJIAN YANG TIDAK PERNAH BERHENTI MENGHUJAN..

bahtera itu bersama kita nakhodai..
janji itu bersama kita lafazkan..
walau segersang mana sahara itu,,,
akan tetap kita tempuh bersama..
atas matlamat yang tidak akan pernah berganjak..
akan ku pimpin tanganmu..
akan ku biar ianya erat digenggamanku..
walau sedalam mana aku mahupun dirimu rebah,,
pegangan itu tidak akan terlepas..
ingat kata2 ini wahai sahabat....
tiada apa berhak menghalang hubungan kita...
walau segah mana tembok konkrit dibina di hadapan kita..
kerana cinta antara kita mampu menewaskan segalanya..
UHIBBUKI FILLAH YA SADIQATI~






apa anda rasa?? 

Teruskan langkah..jgn impi rehat yg berpanjangan~



kala aku rebah dek rapuhnya langkah Kau hadirkan aku sinar harapan..
harapan untuk aku kembali bangkit..

tidak akan terciptanya pelangi tanpa turunnya hujan..
tidak akan rasa manisnya madu andai tiada kepahitan hempedu..
tidak akan dinikmati betapa indahnya hidup andai tanpa ujian disisi..
tidak akan terdidik diri untuk lebih berhati-hati andai ia tidak diuji dgn kesakitan..

begitulah lumrahnya hidup sebagai musafir..
akan sentiasa bergerak..bergerak..dan bergerak..

JANGAN IMPI REHAT YG BERPANJANGAN SELAMA BERKELANA D BUMI TUHAN ! 

................................................................

Assalamu'alaikum pembuka bicara seindah nama sebesar kuasa Rabb..
lama teratak ini penulis tinggalkan dek kontangnya idea..

"kalau dulu sibuk sgt nk berblogging tp bila dah ada rasa mcm malas pulak nak update..huhu.."

ayat ini sering menerjah stesen minda saya..
rasa bersalah juga ada kerana di awal pembabitan saya di bidang ini,saya berani jamin sy begitu setia dgnnya..
tapi semakin jauh waktu itu berlalu,saya kelompangan idea untuk berkongsi serta ruang masa yang tidak mengizinkan sy untuk berbuat demikian..

cuma,perkara pertama yang perlu kita selidik dalam apa jua perbuatan kita iaitu NIAT..
niat yang baik bakal menakhoda bahtera ke destinasi yang ingin dituju dgn baik serta selamat..
tp andai niat kita terpesong,begitu juga akan terjadi dgn bahtera yg dipimpin oleh kita sendiri..
akan sesat dan lama-kelamaan akan tenggelam dek tekanan arus dunia yg terlampau kuat sehingga membuatkan kita tidak mampu untuk berhadapan dgnnya..

tuntasnya,walau jarang teratak ini dihiasi dgn perkongsian,ketahuilah penulisnya tidak sepi kekosongan tetapi sedang mencari sesuatu yg berkualiti utk dijadikan sebgai perkongsian..~

.....................................................................

      Syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yg dipinjamkan ke atas saya dan kita semua sehingga ke hari ini yang membolehkan kita bergerak lincah bagi melaksanakan amanah serta tugas selaku hamba d bumi Tuhan.

     Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslim itu termasuklah saya sendiri.Bermula dari zaman sekolah rendah,dibawa pula untuk mengenali alam sekolah menengah.Setelah 11 tahun bergelar pelajar sekolah,kini saya bertapa pula di Institut Pengajian Tinggi (IPT).Dugaan sepanjang berada di alam ini amat mencabar.Siapa lembik,bakal jatuh ! Siapa kuat,anda layak ke peringkat seterusnya !

    Jujur saya katakan sy sendiri tidak kuat untuk berdiri di alam ini walaupun baru mengenalinya untuk 2 semester.Saya jatuh dgn sejatuh-jatuhnya.Seringkali keluhan diungkapan.Seringkali patahnya semangat menarik perhatian diri sehingga saya berkata sendiri,"kalau sem 2 ni pun dah susah,mcm mana aku nak teruskan misi ini sampai ke semester 6..lebih baik aku berhenti..cari jalan yg lain..".Saya yakin bukan saya saja yg mengalami situasi ini kerana sy tahu setiap manusia akan melalui fasa d mana dia akan jatuh dan dari satu sudut lain,dia akan melalui fasa di mana semngatnya meluap2 naik.

  " Semakin jauh kita berjalan,semakin banyak duri akan menerjah laluan..Hidup tidak semudah yang disangka.."

     Kata-kata ini yang membuatkan saya kembali bangkit kala hati semakin tunduk lemah.Kini,saya hampir menamatkan pelajaran tapi hanya untuk semester 2 dan akan kembali beraksi untuk semester yang lebih mencabar dalam semester 3 akan datang insyaAllah.

      Setelah hampir setahun bermusafir sebgai anak jelapang padi,Allah mengatur perjalanan yang baru untuk saya.Bakal memulakan sesi pembelajaran yang baru untuk semester hadapan."Selamat tinggal POLIMAS..Selamat datang PSIS.."

     Saya tidak teragak-agak dalam membuat keputusan ini kerana saya yakin ianya adalah yang terbaik dari Dia.Mana mungkin hati saya tergerak agak kuat untuk membuat keputusan ini andai Dia tidak berkenan?Maka,saya terima dan akan teruskan walaupun kenangan yang tercipta sepanjang setahun saya d bumi jelapang padi ini sudah memenuhi kotak hati dan minda saya.

"KITA KENA TERUSKAN LANGKAH WALAU SEKUAT MANA BADAI MELANDA ! JANGAN MENOLEH KERANA IANYA BELUM PASTI MEMBERI KEUNTUNGAN KE ATAS DIRI KAU ! "

      "Selangkah seseorang itu cipta untuk menuntut ilmu,semakin dekat syurga itu dengannya.."

      Hidup saya jika ingin dilakar di atas kertas putih,penuh dengan penghijarahan dan juga pengembaraan.Bermula dengan Kuala Lumpur,sy beralih arah ke Perak.Selepas itu kembali semula ke tempat asal.Kemudian,mengorak langkah lebih jauh mengikut keluarga ke negeri bawah bayu.Selepas bertahun di sana,saya menyambung pelajaran di Kedah.Pada awal tahun ini,keluarga saya kembali bermastautin di Kuala Lumpur.Dan saya,tidak habis-habis dengan penghijrahan.Selepas Kedah destinasi pertama menuntut di alam baru,sy berpindah pula ke Selangor.Selepas ini entah ke mana pula saya akan dicampakkan.

    Namun,saya tidak pernah menyesali malah mensyukuri kerana dikurniakan perjalanan yang sebegini.Merantau dan mengembara mencari bukti kekuasaan Allah d atas muka bumi serba luas ini.Penghijaran ini banyak mengajar saya erti kehidupan.Setiap perhentian ada kenangannya yang tersendiri.Jatuh bangun saya semuanya saya pelajari sepanjang saya melewati setiap stesen-stesen ini.

    Semester 2 bakal berakhir pada 3 MEI 2012.Begitu singkat rupanya waktu yang diperuntukkan kepada kita.Tidak sedar,saya yang dulunya hanya sekadar budak hingusan,kini telah melangkah sebgai seorang remaja.Sebagai PEJUANG ALLAH.Sebagai seorang anak yang berbakti sepenuh masa kepada kedua ibubapa.Sebagai seorang gadis yang menunggu masa untuk disunting..(agak terkeluar topik ya..huhu).Walau apa pun jawatan,gelaran atau tanggungjawab yang kita pegang hari ini,ingatlah,semakin meningkatnya usia,semakin dekat juga kematian dengan kita.Maka,jangan leka dengan dunia yg penuh noda ini.Lengkapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat supaya tidak terkaku lidah saat berhadapan dengan-Nya nanti.

Moga saya,anda dan kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya~

:: ma3assalaamah POLIMAS.. wa ilal liqa'.insyaAllah.. ::





apa anda rasa?? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...