Kala hati mula
berbicara..
Kala langkah di atur
mulai lesu..
kala airmata berderai luruh..
Saat itulah aksara ini memulakan tingkahnya rancak melakar kata..
..........................................................................
PERSAHABATAN~
Sinonim sungguh akronim ini dgn kehidupan insan bergelar
manusia..
Tetapi bagaimana ianya diekspresikan??
Adakah semudah lisan menutur bicara??
Atau sesulit kita melalui onar dunia??
Mengukir istilah PERSAHABATAN untuk ianya menjadi realiti tidaklah sepantas kilat sabung-menyabung..
Tidak juga se”simple” awan berarak ke kiri dan ke kanan..
Dan tidak juga ianya sentiasa ceria bak teriknya mentari..
Sedangkan kilat hanya akan hadir kala turunnya hujan..
Sedangkan awan hanya akan berarak dgn adanya Izin DIA..
Sedangkan mentari juga terkadang suram dek mendung..
Apatah lagi PERSAHABATAN....
Akan senantiasa diuji..
PERSAHABATAN BISMIKALLAH YA RABBUNA~
Persahabatn dgn nama-MU wahai Allah..
Kata-kata ini sering memenuhi ruang lingkup ikatan
persahabatn..
Namun,benarkah cara kita dalam mengekspresikannya??
Bagi mendapatkan persahabatan yang sejati..
Beberapa terapi dan proses harus dijalani..
Untuk membuatkannya segar sentiasa bak kuntuman mawar yg
mekar tumbuh menghiasi taman..
Kerana setiap persahabatan mengharapkan sesuatu yg indah
bukanlah sesuatu yg pd awal ikatan hubungan penuh dengan tawa dn ria namun
lama-kelamaan ianya semakin membusut menemui kekecewaan dan kesedihan..
Memaafkan kala hati disakiti...
Menghargai kala diri tidak dilayani..
Mengerti kala jiwa hiba dek ragam insani yang berwarna-warni..
Itulah terapinya~
Jangan mudah melatah andai sahabat mulai menzahirkan
keegoannya..
Jangan mudah berputus asa andai pujukan ditempelak hebat
saat ego mulai mengalah..
Jangan mudah berprasangka andai dia yang dulunya dekat kian
menjauh..
Ketahuilah....
Allah tidak mengatur sesuatu yang begitu mudah buat kita..
Hatta ombak yang beralun memerlukan tekanan yang kuat dari
permukaan yang paling bawah..
Inikan pula kita yang bergelar hamba..
Sesubur tanah Palestina..
Sesuci dataran bumi bercahaya,Madinah Al-Munawwarah..
Seluas pelataran bumi yang sentiasa berputar tunduk patuh pd arahan Tuannya..
Begitulah ku inginkan persahabatan kita melebarkan sayapnya
senada redha DIA yg kita bawa bersama..
Dusta untukku kata,rekod persahabatan ini akan senantiasa
bersih..
Kerana akan ada fasa,membuatkan kita terhenti di
pertengahan..
Bingung dalam menyebelahi kata hati..
Kata hati yang sebelahnya memihak kepada kesabaran penuh hikmah dn sebelah lagi kata hati yang penuh hasad..
Jujur dari benak yang paling tulus,,hati ini terkadang berpaling
arah..
Sanggup ku memilih untuk membelakangimu wahai sahabat lalu
tunduk kpd nafsu..
Maafkan aku atas ketidaktelusanku dgnmu..
Puas iman bertelingkah dengan musuhnya untukku terus
mendepanimu walau sekeras mana ia berbisik..
Namun,aku tidaklah sempurna..Aku akhirnya tumpas dek
palsunya janji musuh..
Aku memerlukanmu wahai sahabat untuk melengkapi
kekuranganku..
SAHABAT~
Dunia ini akan berakhir tidak lama lagi..
Di hamparan sejadah ku menadah tangan..
Dalam sekudus sujud ku sebutkan namamu untuk ia sampai ke arash-Nya..
Aku dan dirimu punya karakter yang berbeza sehingga
terkadang membuatkan kita berselisih faham..
Namun,ketahuilah,itulah dia acuan persahabatan kita..
Supaya kita seiring dalam melangkah..
Menghiasi taman perjuangan DIA dengan kelebihan dan karakter
masing2..
Mungkin aku tidak sebijak dirimu dalam mengekspresikan rasa
cinta ini
Kerana antara kita jelas ketara perbezaan fizik dan spiritual..
Tapi satu ku pinta,jgn dirimu menilainya dari selaput matamu
yang menghalang untuk ia menembusi melihat apa yg sedang berlegar di
sudut hatiku..
Begitu juga akan ku melakukannya terhadapmu..
Sampai di sini saja jari-jemariku bersimpuh di ruang papan
kekunci..
Kalam ini ku nukilkan khas buatmu sahabat..
Madah ini mungkin tidak mampu membuktikan cintaku pdmu..
Tetapi aku tidak pernah menilai sesuatu melalui mata pena..
Kerana aku yakin Allah lebih berhak dalam menilainya..
Aku mencintaimu sentiasa wahai sahabat..
Moga ukhuwah ini terpatri selamanya..
Jadikan Rabithah
pengikatnya..
Jadikan doa ekspresi
rindu..
Semoga kita bersua di
syurga..
POTRETKAN MEMOIR KITA SELAMANYA DALAM HATIMU..
JANGAN PERNAH DIRIMU
BIAR IA RAPUH DEK UJIAN YANG TIDAK PERNAH BERHENTI MENGHUJAN..
bahtera itu bersama kita nakhodai..
janji itu bersama kita lafazkan..
walau segersang mana sahara itu,,,
akan tetap kita tempuh bersama..
atas matlamat yang tidak akan pernah berganjak..
akan ku pimpin tanganmu..
akan ku biar ianya erat digenggamanku..
walau sedalam mana aku mahupun dirimu rebah,,
pegangan itu tidak akan terlepas..
ingat kata2 ini wahai sahabat....
tiada apa berhak menghalang hubungan kita...
walau segah mana tembok konkrit dibina di hadapan kita..
kerana cinta antara kita mampu menewaskan segalanya..
UHIBBUKI FILLAH YA SADIQATI~